SHAH ALAM - Sebanyak 10 kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan dan Putrajaya merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat jam 5 petang Jumaat.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU tertinggi direkodkan di Cheras, Kuala Lumpur dengan bacaan 155, diikuti Kuala Selangor, Selangor (154); Petaling Jaya, Selangor (153) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (152).
Sebanyak 10 kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat, setakat jam 5 petang Jumaat. - Infografik laman web APIMS