Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy

Iklan
Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM - Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa, banyak pihak kini dalam sindrom penafian berkaitan skim pencen tersebut yang hakikatnya sedang menghimpit perbelanjaan kerajaan.

Iklan
Iklan

Jelasnya, berdasarkan Belanjawan 2023, sebanyak 10 peratus diperuntukkan bagi membayar pencen penjawat awam dan jumlah tersebut dijangka meningkat setiap tahun.

"Saya merujuk kepada dokumen Perbendaharaan Menteri Kewangan, anggaran perbelanjaan mengurus untuk tahun ini jenis kod 4000, objek am pemberian dan kenaan tetap di bawah tanggungan (14) pencen elaun bersara serta ganjaran pegawai pengawal bertanggungjawab Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, (kerajaan) menanggung sebanyak RM30.5 bilion iaitu 10 peratus daripada bajet kasar RM300 bilion pada tahun 2023.

Iklan

"Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini memberi gambaran bahawa tahun ini jumlah berkenaan akan mencecah RM47 bilion. Jadi, kalau kita melenting sahaja dan tidak melihat bahawa ia adalah bom jangka, betul-betul menghimpit ruang perbelanjaan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, pada Jumaat.

Iklan

Tambah Khairy, faktor penambahan jumlah dan jangka hayat penjawat awam juga menjadi satu tekanan besar terhadap kewangan negara.

"Jumlah penjawat awam kita makin ramai dan jangka hayat rakyat Malaysia pula makin meningkat lebih 80 tahun membuatkan tempoh masa bayaran pencen menjadi lebih lama.

"Ia sekali gus menjadi jumlah pembayaran pencen itu akan menjadi semakin besar,” ujarnya.