Pekerja gig mahu caruman KWSP

Iklan
Golongan pekerja ekonomi gig terdedah dengan pelbagai risiko di jalan raya semasa menghantar pesanan pelanggan.

JOHOR BAHRU - Golongan pekerja ekonomi gig meliputi perkhidmatan penghantaran makanan menyifatkan sudah tiba masa mereka menikmati caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk potongan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selain insurans perlindungan diri.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar Johor Bahru mendapati, kebanyakan daripada mereka amat berharap agar kedua-dua manfaat itu diberikan perhatian serius pada Belanjawan 2024 agar setimpal dengan tugasan mereka.

Iklan
Iklan

Bagi Muhammad Danial Akmal Muar, 22, hampir setiap hari dia berdepan risiko ketika berada di jalan raya bagi menghantar pesanan-pesanan daripada pelanggan.

Muhammad Danial Akmal

"Kami harap sangat agar Belanjawan 2024 nanti keistimewaan seperti KWSP dapat diberi kepada golongan rider seperti kami,” katanya.

Iklan

Amirul Abdul Hamid, 21, pula berkata, Belanjawan 2024 diharap dapat membantu menambahkan elaun mereka berdasarkan jarak penghantaran pesanan.

Amirul

"Pihak pengurusan juga mungkin boleh menambah bilangan syif pekerja kerana ketika ini syif agak padat.

Iklan

"Jadi tambahan elaun dan pertambahan syif ini diharap dapat dilaksanakan seberapa segera oleh pihak kerajaan dalam membantu kami menampung perbelanjaan harian,” katanya.

Menurutnya, peluang pengajian juga mungkin boleh diperkenalkan kepada rider lepasan sekolah agar masa depan mereka terjamin.

Sementara itu, Muhammad Syalihin Mohd Zohor berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap dapat mengumumkan beberapa faedah kepada golongan pekerja gig seperti memperkenalkan kad perubatan.

Muhammad Syalihin