Kerajaan Johor bersedia kemungkinan ancaman penyakit X

Iklan
Tian Soon

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan mengenai ancaman penyakit X.

Menurut Exco Kesihatan dan Kebudayaan Negeri Johor, Ling Tian Soon, biarpun ketika ini penyakit berkenaan mula diperkatakan dalam kalangan orang ramai, tetapi masih tidak ada info lanjut mengenai penyakit berkenaan.

Iklan
Iklan

Justeru katanya, orang ramai tetap dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan kelak.

"Bagaimanapun, kita semua perlu sentiasa berwaspada selain menjaga kesihatan, kebersihan persekitaran,” kepada pemberita setelah menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Wellness Month Peringkat Negeri Johor 2023 di Wellness Hub HAS, di sini, pada Jumaat.

Iklan

Tian Soon berkata demikian bagi mengulas mengenai kemungkinan wujud ancaman penyakit baharu yang hanya dikenali sebagai penyakit X.

Sementara itu Tian Soon berkata, sehingga ke hari ini, masih belum ada sebarang laporan yang diterima mengenai penyakit berkenaan.

Iklan

Bagaimanapun katanya, dalam masa sama, semua pihak perlu bersedia dengan sebarang cabaran yang tidak dijangka dengan sentiasa mengikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini.

"Sehingga hari ini, kita tidak ada terima apa-apa laporan lagi mengenai penyakit ini.

"Tapi macam statement (kenyataan) yang saya selalu keluarkan macam kes denggi menurun, HFMD (penyakit kaki tangan dan mulut) menurun di mana ia juga salah satu usaha daripada barisan hadapan (frontliners) kita,” katanya.