MIRI - Seorang warga emas rugi RM41,500 gara-gara terpedaya dengan penipuan melalui talian oleh penjenayah yang menyamar sebagai rakannya pada Khamis lalu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, insiden berlaku pada 28 September lalu dan polis telah menerima aduan daripada wanita malang berusia 60-an itu.
Iklan
Iklan
"Dia kemudiannya diberitahu bahawa kononnya rakannya itu memerlukan bantuan kewangan kerana baru sahaja kehilangan dompet dan akaun banknya perlu dikemas kini sebelum memperoleh akses kepada akaun bank baharunya.
Mangsa kata Azman lagi, tanpa berfikir panjang, terus membuat empat transaksi secara atas talian berjumlah RM41,500 ke akaun bank yang diberikan oleh 'rakannya' itu.
Mangsa berasa sangsi selepas transaksi berjaya dibuat dan telah cuba untuk menghubungi rakannya menerusi nombor telefon yang sedia ada.
"Mangsa berasakan dirinya tertipu setelah rakannya yang sebenar menyatakan bahawa dompetnya tidak hilang dan bukan dirinya yang menghubungi mangsa.
Ekoran insiden tersebut, Azman menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan penipuan panggilan telefon yang mencurigakan dan boleh merugikan diri mereka sendiri. - Awani