Suspek kedua tebang pokok ikonik Sycamore Gap di UK ditahan

Iklan
Seorang lagi ditahan kerana disyaki menebang pokok Sycamore Gap berusia 300 tahun di utara England, kata polis pada Jumaat. Foto Reuters

LONDON - Seorang lagi ditahan kerana disyaki menebang pokok Sycamore Gap berusia 300 tahun di utara England, kata polis pada Jumaat.

Suspek lelaki berusia 60-an ditahan susulan siasatan lanjut mengenai kejadian itu, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Polis Northumbria.

Iklan
Iklan

Pada Khamis, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, tetapi dibebaskan dengan ikat jamin selepas kejadian di Hadrian’s Wall itu kerana disyaki sengaja melakukan vandalism.

"Kemusnahan yang tidak masuk akal terhadap mercu tanda terkenal di dunia dan khazanah tempatan itu mencetuskan kejutan, kesedihan dan kemarahan di seluruh Timur Laut dan menjangkauinya," kata Ketua Detektif Inspektor Rebecca Fenney-Menzies dalam kenyataan.

Iklan
Iklan

Menurut laporan media, pokok Sycamore Gap di Northumberland itu ditebang antara Rabu dan Khamis. Pokok itu terkenal kerana menjadi lokasi utama filem Kevin Costner"Robin Hood: Prince Of Thieves" pada tahun 1991 dan merupakan antara pokok yang paling banyak dirakam di UK. - Bernama