Pilihan raya Slovakia jadi tumpuan pemimpin Eropah

Iklan
Pusat mengundi mula dibuka dari jam 7 pagi (0500 GMT) hingga 10 malam pada pilihan raya Slovakia pada Sabtu.

BRATISLAVA - Rakyat Slovakia keluar mengundi pada Sabtu dalam pilihan raya yang turut menjadi tumpuan pemimpin di seluruh Eropah memandangkan kesannya terhadap sokongan ke atas Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pilihan raya itu akan menentukan sama ada negara Kesatuan Eropah (EU) dan NATO akan menghentikan bantuan ketenteraan kepada Ukraine.

Iklan
Iklan

Tinjauan menunjukkan parti SMER-SSD party ("Direction - Slovak Social Democracy"), diketuai oleh bekas perdana menteri Robert Fico berada di hadapan.

Fico, dikritik sebagai"pro-Rusia" oleh pihak lawan.

Iklan

Beliau berkata, andai kembali berkuasa, Slovakia akan terus menyokong Ukraine, tetapi tidak akan menghantar senjata atau peluru.

Sejak 2020, pakatan yang terdiri empat parti di bawah pimpinan Perdana Menteri Igor Matovic dan kemudian penggantinya Eduard Heger telah berkuasa. Pentadbiran Heger kehilangan sokongan kerana perselisihan yang berterusan dengan pihak pakatan dan langkah yang diambilnya semasa wabak Covid-19.

Iklan

Pada bulan Mei, Presiden Zuzana Caputova menggantikan gabungan itu dengan Kabinet teknokrat di bawah pimpinan pakar kewangan Ludovit Odor.

Pusat mengundi akan dibuka dari jam 7 pagi (0500 GMT) hingga 10 malam. - Bernama