Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung bermula Selasa

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri utara Semenanjung bermula 3 hingga 5 Oktober ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Helmi Abdullah berkata, berdasarkan analisis model cuaca, keadaan itu berlaku dalam tempoh lebih panjang di kawasan tersebut termasuk perairan negeri berkenaan susulan penumpuan angin.

Iklan
Iklan

"Ia termasuk media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.