KKD beri sokongan, peluang kepada industri animasi tempatan berkembang

Iklan
Mohamad Fauzi menyampaikan ucapan ketika Tayangan Festival Filem Animasi Malaysia (MAFF) 2023 di pawagam GSC MyTown pada Sabtu. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan terus memberi sokongan dan berusaha membuka ruang yang luas kepada industri animasi tempatan untuk terus berkembang, berikutan pencapaian cemerlangnya dalam bidang animasi dan kandungan digital ketika ini.

Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata, sokongan itu boleh dijayakan menerusi pelaksanaan program-program bakat, geran sokongan, penyertaan ke festival animasi dan inisiatif pemadanan perniagaan.

Iklan
Iklan

"Saya amat bangga melihat ada filem animasi Malaysia kita diiktiraf di peringkat global melalui pelbagai anugerah antarabangsa,” katanya dalam ucapan perasmian semasa tayangan khas Festival Filem Animasi Malaysia (MAFF) 2023 pada Sabtu.

Mengenai sesi tayangan khas MAFF, beliau berkata, acara itu meraikan bakat-bakat cemerlang dalam industri animasi tempatan, dan menyaksikan filem pendek animasi Malaysia pertama yang memenangi anugerah untuk ditampilkan dan dinikmati orang ramai dengan lebih meluas.

Iklan

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pencipta kandungan yang telah menghantar karya-karya mereka ke festival global dan berkongsi kisah kejayaan Malaysia dengan dunia,” tambahnya.

GSC dengan kerjasama MDEC melalui platform Kre8tif! melancarkan MAFF pada Sabtu untuk membuka peluang bagi pencipta kandungan digital dan pembuat filem, kepada platform untuk mempamerkan kisah mereka, sejajar dengan matlamat negara untuk meletakkan Malaysia sebagai hab serantau bagi kandungan digital.

Iklan

MAFF 2023 mengetengahkan karya-karya pengusaha animasi tempatan dengan penampilan barisan filem-filem animasi pendek, ditayangkan GSC dari 5 Okt hingga 25 Okt ini.

Peminat sertra pembikin filem yang berminat, boleh menyaksikan tayang barisan filem pendek yang menarik seperti The Muralz oleh Jeremy Lee, Kuihpocalypse oleh Han F, Pillar of Strength oleh Aie Ibrahim dan Framed Memories oleh Mclelun Lee, dengan harga tiket RM15.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadzir Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee. - Bernama