Lelaki maut selepas bot berlanggar dengan ikan paus

Iklan
Gambar hiasan.

SYDNEY - Seorang lelaki maut dan seorang cedera selepas seekor ikan paus melanggar bot yang dinaiki mereka semasa ekspedisi memancing, di Sydney, Australia, pada Sabtu.

Pihak berkuasa berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan pengsan di Botany Bay, luar pantai Sydney sebelum meninggal dunia manakala seorang lagi telah dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Iklan
Iklan

Menteri Polis New South Wales, Yasmin Catley berkata, kejadian tidak diduga itu melibatkan seekor ikan paus dan ia amat tragis.

Laporan awal mendapati, ikan paus itu mungkin melanggar berhampiran atau di atas bot lelaki itu namun spesiesnya tidak diketahui.

Iklan

Pinggir pantai Australia yang luas menempatkan 10 spesies ikan paus besar dan 20 lagi spesis yang lebih kecil.

Walaupun kematian manusia yang disebabkan oleh ikan paus di rantau ini jarang berlaku, Australia dan negara jiran New Zealand adalah kawasan panas untuk paus besar terdampar di pantai.

Iklan

Lapan warga Denmark diselamatkan pada bulan Jun apabila bot layar mereka terbalik di Lautan Pasifik selepas berlanggar dengan satu atau dua ikan paus. - Agensi/ Awani