Indonesia haramkan TikTok e-dagang

Iklan
Peniaga di Indonesia menggunakan platform media sosial untuk menjual produk mereka. - Agensi

JAKARTA - Indonesia telah mengharamkan transaksi e-dagang dalam platform media sosial TikTok, yang memberi pendapatan tinggi peniaga dalam talian.

Kementerian Perdagangan berkata, langkah tersebut yang berkuat kuasa serta-merta bertujuan melindungi peniaga di luar talian dan pasaran selain harga ditawarkan terlalu murah telah menjejaskan peniagaan kecil dan sederhana di luar premis.

Iklan
Iklan

Langkah tersebut dibuat selepas tiga bulan lalu TikTok berjanji untuk melabur berbilion dolar di Asia Tenggara, terutamanya di Indonesia.

TikTok yang dimilik ByteDance yang berpangkalan di China, mempunyai 125 juta pengguna aktif di Indonesia.

Iklan

Jurucakap TikTok berkata, pihaknya kesal dengan keputusan pemerintah baru-baru ini untuk mengharamkan urus niaga e-dagang di media sosial, kerana langkah itu boleh menjejaskan mata pencarian ramai penggunanya.

Katanya, jutaan orang di Indonesia yang bergantung pada pentas video pendek untuk mencapai lebih ramai pelanggan, sekali gus menambah pendapatan mereka.

Iklan

Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan berkata, peraturan itu bertujuan untuk memastikan persaingan perniagaan secara adil dan saksama, sambil menambah ia juga bertujuan memastikan perlindungan data pengguna.

Tambahnya, mempunyai masa seminggu untuk mematuhi peraturan atau menghadapi ancaman penutupan. - Agensi