Agong berkenan sertai golf amal Istana Negara, Perkhidmatan Awam

Iklan
Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan menyertai Pertandingan Golf Amal Istana Negara dan Perkhidmatan Awam 2023 di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) Kuala Lumpur pada Sabtu.

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyertai Pertandingan Golf Amal Istana Negara dan Perkhidmatan Awam 2023 di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menurut catatan di laman Facebook Istana Negara, pertandingan yang dianjurkan Jabatan Perkhidmatan Awam buat kali kedua itu, bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara Istana Negara dengan Perkhidmatan Awam.

Iklan
Iklan

"Pada pertandingan yang disertai 52 pemain itu, Seri Paduka Baginda berkenan mewakili pasukan Istana Negara.

"Pasukan Istana Negara diketuai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mej Jen Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin dan pasukan Perkhidmatan Awam pula diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria,” menurut catatan itu.

Iklan

Dalam pertandingan berkenaan, pasukan Perkhidmatan Awam muncul juara selepas menewaskan pasukan Istana Negara sekali gus membawa pulang piala pusingan yang dipertandingkan.

Sebelum itu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed. - Bernama

Iklan