KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah, ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-54 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, Anwar mendoakan semoga Sultan Muhammad V dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
"Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Kelantan dengan adil dan saksama. Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.
"Semoga Allah melindungi Tuanku dunia dan akhirat. Dirgahayu Tuanku,” katanya. - Bernama