6 maut, 15 terperangkap dalam kejadian lombong runtuh di Zimbabwe

Iklan
Seorang pekerja penyelamat di tengah-tengah operasi menyelamat selepas lombong emas runtuh di Zimbabwe pada 2019 - Gambar file AFP

HARARE - Enam pelombong maut dan 15 yang lain terperangkap dalam kejadian lombong runtuh pada Jumaat di daerah Chegutu, di wilayah Mashonaland di Zimbabwe, lapor Xinhua.

Timbalan Menteri Pembangunan Perlombongan, Sopan Kambamura, berkata sejumlah 34 pelombong terperangkap dalam kejadian di Beyhose Mine itu, tetapi 13 daripadanya berjaya keluar.

Iklan
Iklan

Enam mayat ditemukan semasa misi mencari dijalankan. - Bernama

Iklan
Iklan