PELARI pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi membuktikan kemampuannya apabila meraih gangsa dalam acara 100 meter (m) lelaki di Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Sabtu.
Jaguh pecut berusia 19 tahun itu yang bermula di lorong kelapan mencatatkan masa 10.11 saat (s) sekali gus menamatkan penantian 41 tahun untuk memenangi pingat dalam acara itu.