Kedah tumbangkan KL City

Iklan
Aksi penjaring gol pasukan KDA FC,Ifedayo Olusegun Patrick Omosuvi (dua dari kanan) pada perlawanan Liga Super, Kuala Lumpur City FC menentang KDA FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras. - Foto: Bernama

KEDAH Darul Aman (KDA) FC meraih tiga mata berharga selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu.

Skuad kendalian Nafuzi Zain itu tampil garang menguasai sepanjang perlawanan dan mencipta beberapa peluang berbahaya ke gawang gol pasukan tuan rumah.

Iklan
Iklan

Gol tunggal perlawanan diperolehi Sang Kenari melalui tendangan penalti selepas Nazirul Naim Che Hashim menjatuhkan Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Penyerang KDA, Ifedayo Olusegun tidak berdepan masalah untuk menewaskan Muhammad Azri Ghani sekali gus menjadi jaringan kemenangan pasukan utara itu.

Iklan

Kemenangan tersebut membolehkan KDA memungut 47 mata terus mengejar Selangor FC di kedudukan kedua dengan 52 mata dalam persaingan untuk mendapatkan slot ke Piala AFC musim depan.

Dalam satu lagi perlawanan Liga Super, Sri Pahang berjaya menundukkan Kuching City FC 3-2 dalam aksi penuh dramatik di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Iklan

Sri Pahang terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi tendangan penalti Stefani Brundo sebelum import Kuching City, Pedro Henrique menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.

Giliran skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu pula berada dihadapan melalui Abu Kamara pada minit ke-25 namun, pemain tengah Sri Pahang, Kuvondik Ruziev tampil dengan gol penyamaan dua minit sebelum aksi separuh masa pertama tamat.

Rafael Silva muncul wira buat skuad Tok Gajah itu apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-62.