GST mampu hapus pasaran gelap

Iklan
Gambar kecil: Norsyahrin Hamidon

SHAH ALAM - Kerajaan dicadang untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi menghapuskan pasaran gelap selain membantu meningkatkan perniagaan Bumiputera.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, pelaksanaan semula GST adalah penyelesaian paling penting kerana kerajaan tidak lagi bergantung kepada cukai korporat dan boleh diturunkan sekiranya kewangan negara kembali kukuh.

Iklan
Iklan

"Sekarang ini kita kalau boleh mahu kerajaan banteras ekonomi gelap kerana ada individu tidak membayar cukai, membuatkan pendapatan kerajaan rendah.

"Ia dilihat mampu menghapuskan pasaran gelap disebabkan banyak kartel dan individu yang lari cukai tidak dapat berbuat demikian kerana GST merupakan rejim cukai paling efisien,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.

Iklan

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula GST yang dimansuhkan sebelum ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan mengutamakan strategi untuk meluaskan sumber hasil negara termasuk membangunkan cukai keuntungan modal yang bakal dilaksanakan pada 2024.

Iklan