Satu keluarga jalan kaki hantar anak masuk universiti

Iklan
Tangkap layar menerusi hantaran video oleh pihak UMPSA memaparkan keluarga yang berjalan kaki ketika hari pendaftaran di universiti berkenaan.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Tular satu klip video memaparkan sebuah keluarga berjalan kaki memasuki Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ketika hari pendaftaran pada Sabtu.

Menerusi rakaman berdurasi satu minit dan 13 saat yang menyentuh hati itu, keluarga tersebut difahamkan datang dari Sarawak dan mengambil bas sebagai alternatif untuk ke Pahang.

Iklan
Iklan

"Bila ditanya, katanya mereka datang dari Sarawak naik bas nak hantar anak masuk UMPSA," kata pemilik akaun institut itu.

Menerusi video itu, pihak universiti bergegas mendapatkan kenderaan untuk membantu keluarga berkenaan membawa bagasi masuk ke dalam kampus.

Iklan

"Pihak UMPSA bergegas carikan kereta untuk mereka masuk ke dalam kampus.

"Hebatnya kasih ayah dan ibu, teman anak masuk universiti," ujarnya.

Iklan

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan tindakan keluarga itu kerana sanggup berpanas untuk menghantar anak ke universiti.

Pemilik akaun TikTok @mystarinethe.sky turut mendoakan keluarga tersebut dan berharap pelajar itu berjaya.

"Semoga dimurahkan rezeki seluas langit dan bumi buat ibu ayah dan anak ini, belajar rajin-rajin. Semoga berjaya nanti insya-ALLAH," katanya.