JUARA empat kali, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) menepati ramalan apabila melangkah bergaya ke suku akhir Cup Plate Kejohanan Ragbi Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Primer 7s di padang MCKK.
Tujuh pasukan lain yang layak berdasarkan ranking adalah tuan rumah, MCKK, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn (THOR), Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (ARAS), Maktab Sultan Abu Bakar (EC), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW), Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (SMKTM).
Iklan
Iklan
Bagi saingan suku akhir Cup Plate pada Ahad, THOR yang menduduki ranking pertama kejohanan akan berdepan SHOAW, SSMP bertemu SSTMI, ARAS menentang SMKTM manakala tuah rumah MCKK pula melawan EC.
MCKK mara selaku juara Kumpulan C selepas mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Abi (SMK ABI) 19-12, Sekolah Menengah Agama Darunajah (SMAD) dari Jakarta, Indonesia 43-5 dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK) 48-0.
ARAS dan SSMP yang turut memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan mengungguli saingan Kumpulan A dan E.
EC yang juga juara 2020 pula menjuarai Kumpulan F selepas mengalahkan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (VI) 34-0, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 (SSYP1) 17-5 dan SMKTM 19-17.
Artikel Berkaitan