Banjir: Peniaga di Pokok Sena tanggung kerugian besar

Iklan
Md Azhar membersihkan bengkelnya yang ditenggelami banjir dalam kejadian pada Isnin lalu.

POKOK SENA - Peniaga di daerah Pokok Sena yang menjadi mangsa banjir sejak Isnin lalu terpaksa menanggung kerugian besar kerana tidak sempat menyelamatkan barang jualan dan peralatan bengkel susulan paras air yang tinggi dan arus deras.

Pengusaha bengkel, Md Azhar Md Isa, 62, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian lebih RM4,000 selepas bengkel kereta miliknya ditenggelami air.

Iklan
Iklan

Katanya, paras air banjir kali ini meningkat dengan begitu pantas sehingga memusnahkan peralatan seperti mesin generator dan enjin yang sedang dibaiki.

Md Azhar yang mengusahakan bengkel itu sejak 2008 berkata, dia tidak sempat menyelamatkan perkakas bengkel kerana air naik begitu cepat.

Peniaga kedai makan, Sapura Idris, 60, berkata, dia bimbang banjir termenung mengakibatkan peralatan di kedai miliknya rosak.

Iklan

Katanya, dia turut risau mengenangkan bayaran pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional tetap kena bayar walaupun tidak dapat berniaga.

"Macam mana nak bayar TEKUN, berniaga tak boleh... bayar tetap kena bayar pasal TEKUN, ia tak ada cuti," katanya.

Iklan

Ujarnya, dia berharap kejadian banjir di kawasan terbabit tidak berulang lagi dalam masa terdekat supaya mereka dapat membersihkan kedai dan memulakan perniagaan dengan segera.