Lelaki maut jatuh tingkat 13 bangunan hotel

Iklan
Anggota bomba menurunkan mayat mangsa yang tersangkut di tingkat 6 bangunan hotel. - Foto JBPM Perak

IPOH - Seorang lelaki ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 bangunan sebuah hotel dekat sini pada Ahad.

Maklumat kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh pada jam 9.29 pagi membabitkan warga tempatan berusia lingkungan 40 tahun.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat mangsa ditemui tersangkut di tingkat 6 bangunan tersebut.

"Operasi menurunkan mangsa telah dilakukan dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan ringkas pada Ahad.

Iklan

Identiti mangsa setakat ini masih belum dapat dikenal pasti.

Iklan