Lombong emas runtuh ragut 9 nyawa

Iklan
Gambar hiasan.

HARARE - Seramai sembilan pelombong disahkan maut dalam kejadian lombong emas runtuh di Zimbabwe pada Jumaat.

Menteri Perlombongan Soda Zhemi berkata, pelombong lain berjaya menyelamatkan diri, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

"Sejurus selepas runtuhan, 13 orang berjaya keluar dari lombong tanpa kecederaan,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Presiden Persekutuan Pelombong Zimbabwe, Henrietta Rushwaya, berkata empat mayat ditemukan pada Sabtu dan lima lagi masih terperangkap di bawah runtuhan.

Iklan

Tragedi itu berlaku di Chegutu, lebih 100 kilometer ke barat Harare. - Bernama

Iklan