Ocean Ranger bantu tingkatkan ilmu pertolongan cemas

Iklan
Sebahagian peserta program Ocean Ranger yang diadakan di sebuah hotel di Seremban baru-baru ini.

SEREMBAN - Pengusaha aktiviti rekreasi dan sukan air di pantai perlu mempunyai pengetahuan dalam aspek pertolongan cemas dan penyelamatan pantai.

Pengarah Projek Ocean Ranger, Megat Samsul Kamal Mohamad Zamberi berkata, ia sebagai persediaan sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan.

Iklan
Iklan

"Sebagai individu yang sentiasa berada di kawasan pantai, penting untuk mereka mempunyai sekurang-kurangnya kemahiran asas menyelamat tersebut.

Menurutnya, kursus yang diadakan secara percuma itu merangkumi konsep dan kemahiran asas renang serta menyelamat yang disampaikan dalam kaedah lebih mudah untuk difahami.

Iklan
Para peserta diajar kemahiran asas renang dan menyelamat.

Ujarnya, program pertama telah diadakan baru-baru ini di sebuah hotel di daerah ini yang melibatkan peserta antaranya terdiri daripada pengusaha aktiviti pantai di Port Dickson, pelajar universiti dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

"Modul latihan juga disesuaikan untuk melatih rata-rata pekerja atau pengendali sukan air di pantai atau orang awam untuk menjadi pembantu pertolongan cemas yang berkelayakan jika berlaku sebarang kecemasan semasa aktiviti pantai yang dianjurkan mana-mana organisasi atau semasa kehadiran pengunjung yang membanjiri pantai Port Dickson.

Iklan

"Selain itu program ini juga bertujuan memilih peserta terbaik yang dinilai oleh pelatih profesional yang diiktiraf untuk ke peringkat yang lebih intensif,"katanya.