'Boleh bertanding tapi kena cukup syarat' - Ahmad Samsuri

Iklan
Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU - Jawatan 'Top 5' atau lima kedudukan tertinggi dalam kepimpinan Pas boleh dipertandingkan sekiranya mencukupi syarat ditetapkan.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, parti itu sentiasa terbuka menerima apa jua cadangan dan pencalonan dalam tempoh ditetapkan untuk pemilihan parti.

Iklan
Iklan

"Kita menerima pencalonan di peringkat kawasan-kawasan dan dewan-dewan, jadi ada atau tidak ada pencalonan itu tidak boleh kita arahkan mereka untuk berbuat demikian kerana terpulang. Kita pulangkan 'hundred percent' kepada mereka.

"Dari segi syarat-syarat dia berapa bilangan dan sebagainya (termasuk) bilangan minimum untuk melayakkan untuk bertanding. Jadi tak cukup bilangan minimum tak boleh bertanding lah.

Iklan

Ahmad Samsuri ditemui pemberita sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri menolak pandangan bahawa keputusan tiada pertandingan bagi lima jawatan tertinggi Pas itu memberi kesan tidak baik terhadap masa depan Pas.

Iklan

"Kita tak dapat menutup suara-suara yang ingin memberikan kritikan dan sebagainya kerana itu terpulang kepada mereka. Malaysia negara demokrasi siapa saja boleh menyuarakan pandangan dan pendapat mereka.

"Apa yang penting ialah Pas makin mengukuh dan terus berkhidmat dengan terbaik kepada rakyat, negeri dan negara," katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan tiada pertandingan bagi lima jawatan tertinggi Pas pada Muktamar Tahunan ke-69 parti itu yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, Selangor.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Pas mengeluarkan arahan untuk tidak mempertandingkan lima jawatan tertinggi parti.

Beliau berkata, Pas tidak pernah menghalang calon dari mana-mana kawasan untuk memegang jawatan di dalam parti.