Sekumpulan kanak-kanak mengisi cuti hujung minggu dengan bermandi manda ketika tinjauan di Alor Lempah, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, hari ini.
Menurut METMalaysia, negara kini berada dalam fasa peralihan monsun yang telah bermula pada 19 September 2023 dan dijangkakan berakhir pada November 2023.
Iklan
Iklan
Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir dan lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.
Kejadian itu berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak. - Foto Bernama
Artikel Berkaitan