Peniaga kedai makan, Wadi Kassim,60 menunjukkan produk kraftangan dari kayu terbuang yang dibuat sendiri antaranya lesung, pencedok air, bubu dan gasing semasa ditemui di Kampung Chempaka, Kuantan, hari ini.
Menurut Wadi dia membuat kraftangan itu sekadar hobi masa lapang dan hasil seni tersebut dipamer serta dihias di kedai makannya yang terletak di tepi pantai kampung itu.
Iklan
Iklan
Wadi berkata minat membuat kraftangan itu sudah bermula sejak usianya 10 tahun lagi yang diajar oleh bapa saudaranya.
Katanya, pelanggan yang menjamu selera di situ tertarik dengan hasil seninya dan ada yang turut membelinya.
Selain itu Wadi turut menyajikan permainan tradisional kepada pelanggan iaitu permainan gasing dan kaki hantu bagi membangkitkan nostalgia permainan kanak-kanak kampung suatu ketika dahulu. - Foto Bernama