Beting Pasir Pantai Cherating

Iklan

Orang ramai meluangkan masa pada cuti hujung minggu dengan beriadah dan bermandi manda di atas beting pasir yang terbentuk sepanjang kira-kira 500 Meter ketika air surut di Pantai Cherating, Kuantan, ketika tinjauan hari ini.

Beting pasir yang terbentuk ini menjadi tarikan orang ramai terutama yang membawa anak kecil berikutan mereka boleh berjalan dan bermain di dalam air yang cetek.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan memantau keadaan semasa air laut bagi memastikan tidak terperangkap di atas beting pasir ketika air laut pasang. - Foto Bernama