Kedah enggan kibar bendera putih

Iklan
Aksi pemain Kedah Darul Aman FC, Bojan Ciger (tiga dari kanan) ketika merebut bola daripada pemain Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan Liga Super. - Foto Bernama

KEDAH Darul Aman (KDA) FC akan terus berjuang untuk memburu kedudukan naib juara Liga Super sekali gus menempah slot ke Piala AFC musim depan.

Pengendali KDA, Nafuzi Zain berkata, beliau sedar Selangor FC mempunyai kelebihan dari segi pungutan mata, namun Sang Kenari tidak akan mengaku kalah dalam baki empat perlawanan terakhir liga.

Iklan
Iklan

"Kelebihan sudah tentu kepada Selangor.

Tetapi, kita masih ada empat perlawanan.

Iklan

"Kalau kita menang baki empat perlawanan tersebut saya percaya kita akan mampu bersaing dapat kedudukan kedua.

Itu tidak mustahil tetapi segalanya bergantung kepada pemain," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan menentang Kuala Lumpur (KL) City pada Sabtu.

Iklan

Dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu KDA meraih tiga mata berharga menerusi kemenangan 1-0 ke atas KL City.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Ifedayo Olusegun menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan selepas pemain KL City, Nazirul Naim Che Hashim menjatuhkan Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam dalam kotak penalti.

Ketika ini, Kedah masih berada di kedudukan ketiga Liga Super dengan 47 mata di belakang Selangor FC dengan 52 mata namun skuad dari utara itu beraksi kurang satu perlawanan.

"Alhamdullilah, sekarang ini penting beberapa perlawanan terakhir untuk dapat tiga mata.

Perlawanan maam ini sangat baik dan pemain bermain seperti dirancang.

"Dari separuh masa pertama dan kedua, kita menguasai perlawanan dan bermain dengan penuh sabar.

Namun, kemenangan ini bukan mudah kerana KL juga sebuah pasukan yang kuat," katanya.