TUARAN - Kerajaan Sabah akan memastikan masalah gangguan bekalan air dan elektrik yang dialami rakyat ketika ini dapat diselesaikan dalam tempoh antara dua hingga tiga tahun dari sekarang.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beberapa langkah sudah diambil dan dilaksanakan untuk menambah kapasiti bekalan kedua-dua keperluan rakyat itu mulai sekarang.
Katanya, ia selaras komitmen kerajaan negeri meletakkan usaha mengatasi masalah bekalan air dan elektrik yang dihadapi rakyat negeri ini sebagai keutamaan ke arah mensejahterakan kehidupan rakyat.
"Inilah yang dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan rakyat dapat bekalan air dan elektrik yang menjadi masalah sekarang dan kita akan pastikan kedua-dua masalah ini dapat diselesai sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun lagi ke hadapan.
"Jika diurus dengan baik, insya-ALLAH kita boleh atasi kedua-dua isu ini yang menjadi kegusaran rakyat pada masa ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sulaman 2023 di Dewan Sri Sulaman, di sini pada Ahad.
Hajiji berkata, Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II di Tamparuli yang sedang dalam proses penyiapan akhir naik taraf ketika ini dijangka dapat beroperasi sepenuhnya pada awal tahun depan.
Katanya, penyiapan projek itu bukan saja dapat menambah kapasiti bekalan air sebanyak 80 juta liter sehari untuk menampung keperluan di utara Kota Kinabalu dan Tuaran tetapi juga mengurangkan gangguan bekalan air yang dialami penduduk.
Menurutnya, loji berkenaan adalah antara loji tambahan yang dirancang untuk menangani kekurangan bekalan air di kawasan ibu negeri dan sekitarnya, termasuk sebuah lagi di LRA Kogopon, Papar.
"Kerajaan negeri sudah mula membina loji bagi meningkatkan bekalan air daripada 40 juta liter sehari kepada 80 juta liter sehari di Kogopon, Papar, yang sedang dilaksanakan dengan kos RM380 juta dan dijadual siap pada 2026.
"Selain itu, sebanyak 80 juta liter sehari lagi tambahan di LRA Telibong II bagi mengatasi masalah air di utara bandar raya Kota Kinabalu dan Tuaran yang akan beroperasi sepenuhnya
pada awal tahun depan.
"Menerusi usaha kerajaan negeri juga tambahan peruntukan sebanyak RM320 juta daripada kerajaan Persekutuan baru-baru ini akan dapat menangani masalah air dalam tempoh jangka pendek di Sabah," katanya.
Katanya lagi, bagi bekalan elektrik pula, usaha yang turut diambil kerajaan negeri ialah menerusi pembinaan loji janakuasa hidroelektrik dan empangan di Ulu Padas, Tenom.
"Pelaksanaannya projek itu bakal dimulakan dalam masa terdekat dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.