Lelaki ditahan cederakan seorang lelaki dalam pergaduhan

Iklan
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kejadian serangan bersenjata dan mencederakan seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Taman Desa Skudai di Skudai di Johor Bahru baru-baru ini.(Gambar kecil: Balveer Singh)

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kejadian serangan bersenjata dan mencederakan seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Taman Desa Skudai di Skudai di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Dearah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya mendapat tahu kejadian itu selepas mengesan sebuah video tular dalam media sosial berkaitan pergaduhan sekumpulan lelaki menggunakan senjata.

Iklan
Iklan

Pada masa sama pihaknya mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 8.39 malam Khamis.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 8.10 malam Khamis di hadapan deretan kedai itu berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

Iklan

"Suspek ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu.

Iklan

Polis katanya, meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Farhan Hashim di talian 0111-4455960 bgai menyalurkan maklumat.