Kenapa nak menakutkan orang lain? - Amizar

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Amizar

BENTONG - Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam menyelar tindakan pemimpin yang mempersoalkan kehadiran luar biasa pihak berkuasa ketika berlangsungnya kempen PRK tersebut.

Menurutnya, Pas yang meletakkan calonnya mewakili Perikatan Nasional (PN) sepatutnya berterima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas menjaga keselamatan.

Iklan
Iklan

"Ini (kehadiran luar biasa polis) perkara biasa. Polis pun orang juga dan bertanggungjawab menjaga keselamatan negara.

"Kenapa nak menakutkan orang lain? Kita perlu ucap terima kasih bukan menyanggah mereka.

Iklan

"BN tak ada masalah... kita alu-alukan saja pihak berkuasa," katanya ditemui pemberita ketika Program Sembang Santai Ukhuwah di Felda Chemomoi, di sini pada Sabtu.

Takiyuddin berkata, tindakan itu juga boleh memberi gambaran tidak sihat kepada amalan demokrasi negara.

Iklan

Dakwanya, kehadiran kereta peronda terlalu kerap di markas-markas operasi terutamanya milik PN dengan alasan untuk mendapatkan maklumat kekuatan petugas dan gerak kerja sedangkan ia tiada kaitan dengan agensi itu.

Bagaimanapun, calon PN, Kasim Samat dilapor berkata, secara peribadi kehadiran pihak berkuasa tidak memberi kesan kepada beliau namun tidak menolak terdapat laporan daripada jentera kempen yang 'terganggu' dengan situasi tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula dalam reaksinya pada Sabtu, memberi peringatan kepada pembangkang agar tidak mempersoalkan profesionalisme pihak berkuasa.

Katanya, dakwaan yang dibangkitkan Takiyuddin boleh menimbulkan kekeliruan sedangkan pihak polis hanya menjalankan tugas sepanjang berlangsungnya kempen di PRK Pelangai.