Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada atlet negara rangkul emas

Iklan
Foto Facebook Istana Negara.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet negara yang berjaya menyumbang pingat emas pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Istana Negara, hari ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah.

Iklan
Iklan

Atlet negara yang menyumbang pingat emas pada acara sukan itu setakat ini adalah atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad Latif bagi acara ILCA 6 wanita, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil bagi acara dressage individu (ekuestrian) dan pasukan skuasy wanita kebangsaan.

Nur Shazrin menyumbang pingat emas pertama negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022 sekali gus melayakkan beliau ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Iklan

Mohd Qabil yang mengumpul keseluruhan 75.780 mata pula menewaskan juara bertahan Jacqueline Siu dari Hong Kong dengan pingat perak selepas meraih 73.450 mata, manakala Anush Agarwalla dari India membawa pulang pingat gangsa selepas mengumpul 73.030 mata.

Skuad skuasy wanita yang dibarisi Rachel Arnold, S. Sivasangari dan pasangan adik-beradik Aifa dan Aira Azman turut menyumbangkan emas dalam acara berpasukan wanita selepas menumbangkan juara bertahan, Hong Kong, 2-1 pada aksi final, semalam.

Iklan

Sukan Asia Hangzhou berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober ini. - Bernama