Jerebu di Johor

Iklan
Pemandangan sekitar Tambak Johor dan Bandaraya Johor Bahru kelihatan berjerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 156 iaitu 'tidak sihat' pada pukul 3 petang ini ketika tinjauan di sekitar Johor Bahru.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai 'baik', 51 hingga 100 dengan 'sederhana', 101 hingga 200 dengan 'tidak sihat', 201 hingga 300 dengan 'sangat tidak sihat' manakala 300 ke atas dikategorikan sebagai 'berbahaya'.