Sufi Rashid rasmi bertunang, nikah tahun depan

Iklan
Sufi Rashid
PENYANYI, Sufi Rashid, 27, selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan wanita pilihannya di Senawang, Negeri Sembilan, semalam.

Memetik laporan Media Hiburan Online, penyanyi popular Aku Sanggup dan Nurulain Md Yusof sepakat mengikat tali pertunangan mereka selama setahun dan akan melangsungkan majlis pernikahan pada Disember 2019.

Dalam majlis istimewa yang dihadiri kaum keluarga dan rakan-rakan terdekat menyaksikan dulang hantaran enam berbalas tujuh.

Dalam masa sama, Sufi menerusi akaun Instagramnya memuat naik status berbentuk puisi.

"Wahai tunangku, Saya memilih awak. Dan saya akan tetap terus berkali-kali memilih awak. Tanpa henti, tanpa rasa ragu, dalam nadi.

Saya akan tetap selalu memilih awak. Saya berharapkan doa dan sokongan untuk destinasi kita ke alam perkahwinan," coret Sufi.

Terdahulu, bibit cinta pasangan tunang ini bermula sekitar akhir tahun 2016.