Polis Marin bakal ambil alih bot ronda PGA, mantapkan kawalan Esszone

Iklan

SANDAKAN - Pasukan Polis Marin (PPM) bakal mengambil alih 25 bot ronda milik Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam usaha memantapkan lagi kawalan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Menurut Komander PPM Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, langkah itu berikutan aset berkenaan kurang digunakan oleh PGA kerana tidak ada perjawatan untuk mengendalikan bot ronda itu.

Iklan
Iklan

"PGA ada bot, tetapi tidak ada perjawatan.

"Insya-ALLAH, proses mengambil alih bot ronda itu akan selesai selepas sambutan Aidilfitri nanti,” katanya selepas lawatannya ke Markas PPM Sandakan di sini malam tadi.

Iklan

Mohd Yusoff turut memberitahu PPM Wilayah 4 Sabah akan memperhebatkan rondaan menjelang Aidilfitri, khususnya bagi mengekang kegiatan penyeludupan barangan dan manusia.- Bernama

Iklan