‘Bangunlah Wan Fayhsal’ - Akmal Saleh

Iklan
Tangkap layar hantaran Dr Muhamad Akmal di Facebook pada Ahad.

SHAH ALAM - Pemuda UMNO menyelar kenyataan Ketua Angkatan Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mendakwa gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebagai kerjasama munafik.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, agama Islam mengajar umatnya untuk bercakap perkara yang baik dan menjaga hubungan sesama manusia selain tidak menyebarkan kebencian serta memecahbelahkan umat.

Iklan
Iklan

"Munafik ini adalah orang yang berpura-pura mengikuti ajaran agama Islam, namun sebenarnya tidak mengakui dalam hati,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Ahli Parlimen Machang itu secara sinis menyifatkan kerjasama PH-BN kini merupakan perancangan munafik dan hipokrit.

Iklan
Iklan

Tambahnya, ia kerana hubungan baik yang terjalin antara Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.