Kem terjun tambah lagi kilauan pingat kontinjen negara

Iklan
Bertrand Rhodict-Enrique Maccartney ketika beraksi dalam acara akhir 10m platform seirama lelaki pada Ahad.

KONTINJEN negara meneruskan pemburuan pingat di Sukan Asia Hangzhou 2022 apabila menambah lagi kilauan gangsa pada Ahad.

Kem terjun negara tampil agresif apabila menghadirkan pingat gangsa menerusi gandingan Bertrand Rhodict Lises-Enrique Maccartney Harold.

Iklan
Iklan

Pada acara akhir 10 meter (m) platform seirama lelaki di Arena Sukan Akuatik Hangzhou, Bertrand Rhodict-Enrique Maccartney mengumpul mengumpul keseluruhan 386.07 mata.

Tuan rumah China mengekalkan penguasaan apabila meraih pingat emas kali ini sambil diberikan saingan sengit Korea Selatan.

Iklan

Gandingan padu luar biasa Yan Hao-Lian Junjie membutirkan emas untuk negara tembok besar China tersebut selepas mengutip 492.63 mata

Sementara itu, gandingan Yi Jaegyeong-Kim Yeongnam dari Korea Selatan menghasilkan kocakan pingat perak selepas mengumpul 387.78 mata.

Iklan