BALIK PULAU - Tiga wanita termasuk seorang warga Indonesia terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke lereng bukit di Jalan Pondok Upeh, di sini pagi Ahad.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada jam 10.42 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Seri Pulau bergegas ke lokasi kejadian.