*NSync kembali dengan single terbaharu selepas lebih 20 tahun

Iklan
*NSync, salah sebuah boyband paling berjaya akhir 1990an, melancarkan single terbaharu pertama mereka selepas lebih 20 tahun, yang juga merupakan salah satu lagu yang menjadi runut bunyi filem animasi Trolls Band Together (2023).

KUMPULAN *NSync, salah sebuah boyband paling berjaya akhir 1990an, melancarkan single terbaharu pertama mereka selepas lebih 20 tahun, yang juga merupakan salah satu lagu yang menjadi runut bunyi filem animasi Trolls Band Together (2023).

Lagu berjudul Better Place itu gabungan pertama Justin Timberlake, 42, JC Chasez, 47, Chris Kirkpatrick, 51, Joey Fatone, 46, dan Lance Bass, 44, yang kali terakhir merakamkan lagu pada 2001.

Iklan
Iklan

Timberlake, yang merupakan pelakon suara watak Branch dalam francais filem Trolls, telah berkongsi video kumpulan itu di studio rakaman.

Dalam catatan di Instagram, Bass menggambarkan Better Place sebagai"surat cinta kepada semua peminat kami yang telah menjadi sistem sokongan yang luar biasa".

Iklan

"Lagu ini adalah bukti persahabatan kami, dan saya bersyukur atas perjalanan yang telah kami lalui bersama dan apa yang akan datang," katanya.

Ditubuhkan pada tahun 1995 di Orlando, Florida, *NSync memenangi hati ramai peminat dengan lagu seperti I Want You Back, Tearin’ Up My Heart dan Bye Bye Bye.

Iklan

Mereka mengambil keputusan untuk berehat pada tahun 2002 dan akhirnya dibubarkan, dengan Timberlake menjadi satu-satunya anggota yang berjaya dengan kerjaya solo.

Kumpulan itu kali terakhir membuat persembahan bersama di atas pentas pada 2013 di Anugerah Muzik Video MTV (VMA).

Mereka bersatu semula pada anugerah yang sama pada 13 September lalu, di mana mereka turut tampil sebagai penyampai kategori anugerah Pop Terbaik. - Awani