LIVERPOOL menyifatkan kesilapan Pembantu Pengadil Video (VAR) yang membatalkan gol Luis Diaz ketika kekalahan 1-2 kepada Tottenham Hotspur menjejaskan integriti sukan.
Liverpool yang beraksi sembilan pemain tewas selepas Joel Matip menjaringkan gol sendiri pada masa kecederaan, tetapi mereka sepatutnya mendahului pada separuh masa pertama menerusi Diaz sekiranya gol tersebut tidak dibatalkan kerana ofsaid.
VAR gagal mengesan bahawa gol Diaz tersebut adalah sah yang menyebabkan badan pengadil, PGMOL mengeluarkan kenyataan menyalahkan"kesilapan manusia yang ketara" dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris itu.
"Adalah jelas bahawa peraturan permainan tidak digunakan dengan betul, yang menjejaskan integriti sukan.
"Kami kecewa masa yang mencukupi tidak diberikan untuk membolehkan keputusan yang betul dibuat dan tiada campur tangan seterusnya," kata Liverpool dalam satu kenyataan.
PGMOL berkata tidak membenarkan gol Diaz adalah kesilapan fakta yang jelas sepatutnya gol itu diberikan melalui campur tangan VAR.
PGMOL menambah bahawa mereka akan menjalankan semakan penuh terhadap keadaan yang membawa kepada kesilapan itu.
Kenyataan Liverpool itu turut berkata:"Kegagalan seperti itu telah pun dikategorikan sebagai"kesilapan manusia yang ketara" juga tidak boleh diterima. Semua keputusan harus dibuat melalui semakan.
"Ia penting untuk membuat keputusan masa depan dan penambahbaikan bagi memastikan situasi seperti ini tidak boleh berlaku lagi," katanya