KUALA LUMPUR - Jumlah kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori tidak sihat meningkat kepada 16, merangkumi sembilan negeri setakat jam 9 pagi Isnin.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan Cheras di ibu kota merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan 164, diikuti Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan yang masing-masing mencatat bacaan pada tahap 163 dan 158.