Norliza (tengah) bersama Megat Sany (kiri) dan Ahmad Dasuki (kanan) semasa majlis pelancaran program BMS 2023 di Sunway Pyramid Mall, Petaling Jaya pada Ahad. - FOTO:BERNAMA
PETALING JAYA - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 sempena sambutan Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun.
Program BMS 2023 memperlihatkan kelainan penganjurannya apabila dilaksanakan secara konsep jelajah di lokasi-lokasi terpilih di 14 buah negeri di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Bertemakan ‘Robotik Ke Arah Transformasi Dunia Pendigitalan’pada masa sama mengekalkan tagline ‘Jom Jadi Superhero Anak Anda’, BMS 2023 memberi penekanan terhadap kepentingan sains dan teknologi. Konsep itu berkait rapat dengan kemajuan dan memerlukan pengetahuan tentang teknologi terkini.
Norliza menekan butang pada robot sebagai simbolik pelancaran program BMS 2023 di Sunway Pyramid Mall, Petaling Jaya pada Ahad.
Iklan
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan sempena BMS 2023 antaranya Pertandingan Mewarna Simpan SSPN, Pertandingan Action Song Simpan SSPN, PTPTN Esport Challenge (PUBG Mobile), Simpan SSPN Got Talent, Robotik (Robomission), Robotik (Inovasi), Happy Hour, penampilan khas Didi & Friends serta berhibur bersama selebriti jemputan.
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) mencatatkan jumlah keseluruhan deposit sebanyak RM15.81 bilion dengan bilangan 6.04 juta akaun aktif setakat 31 Ogos lalu. Jumlah itu adalah bagi tempoh 19 tahun pelaksanaan Simpan SSPN sejak diperkenalkan pada tahun 2004.
Norliza (dua dari kanan) menyerahkan hadiah cabutan ‘Siri Wow! Syoknya Raya PTPTN’ kepada Mohd Yazeed (dua dari kanan) sempena BMS 2023 di Sunyaw Pyramid Mall, Petaling Jaya pada Ahad.
Iklan
"Pencapaian deposit Simpan SSPN ini sentiasa menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun. Justeru, prestasi ini membuktikan Simpan SSPN terus cemerlang sebagai produk simpanan pilihan terbaik ibu bapa di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 di Sunway Pyramid Mall, Subang Jaya, di sini pada Ahad.
Hadir sama dalam majlis itu Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.
NORZALILATUL AKMA
Dalam pada itu, Norliza turut menyatakan pihaknya optimis dengan peningkatan sambutan masyarakat khususnya para ibu bapa terhadap produk Simpan SSPN.
Keyakinan itu katanya dilihat berasaskan kepada prestasi penerimaan deposit Simpan SSPN yang memberangsangkan sepanjang tempoh lima tahun penganjuran BMS.
Machap (empat dari kiri) menerima hadiah cabutan ‘Siri Wow! Syoknya Raya PTPTN' daripada Norliza (dua dari kanan).
Justeru, pihaknya menyasarkan jumlah deposit Simpan SSPN sebanyak RM220 juta sepanjang penganjuran BMS 2023 yang bermula pada 1 Oktober hingga 31 Oktober ini.
"Saya yakin sasaran ini mampu dicapai dengan sokongan serta kerjasama pelbagai pihak serta strategi promosi yang dilaksanakan PTPTN.
"Justeru, BMS 2023 merupakan usaha PTPTN dalam pemerkasaan penabungan bertujuan untuk memastikan setiap ibu bapa menjadi adiwira atau ‘superhero’ kepada anak-anak,” ujarnya.
Norliza (belakang, tiga dari kanan) bersama para pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Petaling yang muncul juara dalam Pertandingan Action Song Simpan SSPN sempena BMS 2023, Petaling Jaya pada Ahad.
Malah, kejayaan program BMS dari tahun 2018 hingga 2022 jelas beliau, turut menjadi penanda aras terbaik kepada PTPTN bagi merealisasikan matlamat tersebut.
Memeriahkan lagi program itu, Cabutan BMS 2023 diteruskan pada kali ini dengan tawaran hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM75,000 kepada 66 orang pemenang.
Sementara itu, dua pemenang cabutan Siri Wow! Syoknya Raya PTPTN, Mohd Yazeed Othman, 37, dan Machap Balaraman, 39, masing-masing tidak menyangka berjaya memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM2,023.
Mohd Yazeed ketika ditemui berkata, dia mula membuka lima akaun Simpan SSPN pada tahun lalu untuk lima orang anaknya menerusi pakej Delima (RM50 sebulan).
"Simpanan ini untuk anak-anak, sebab akan datang perbelanjaan pendidikan amat mustahak. Peluang ini amatlah baik dan harus direbut,” katanya.
Norliza (duduk,tengah) menunjukkan isyarat bagus bersama-sama warga PTPTN dan para pengunjung BMS 2023.
Dalam pada itu, Machap yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan berterima kasih kepada PTPTN kerana menyediakan Simpan SSPN Plus untuk masa depan pendidikan tiga orang anaknya.
Seorang pengunjung, Norzalilatul Akma Ibrahim, 39, berkata, dia juga telah membuka akaun Simpan SSPN untuk tiga orang anaknya, enam tahun lalu.
"Tiga anak saya berumur lapan, 10 dan 12 tahun. Jadi, tabungan ini penting untuk mereka. Malah, pelbagai faedah dan insentif disediakan apabila membuka akaun Simpan SSPN,” ujarnya.
Simpan SSPN menawarkan banyak manfaat dan keistimewaan kepada para pendeposit antaranya pelepasan cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful, dividen yang kompetitif serta pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 kepada pendeposit yang layak.
Malah, Simpan SSPN juga adalah patuh syariah manakala simpanan adalah dijamin oleh kerajaan.
Maklumat lanjut berkenaan BMS 2023, layari laman sesawang https://www.ptptn.gov.my/BMS2023/.