Awang Alik TKSUK JPM baharu

Iklan
Awang Alik (kanan) dan Abdul Halim (dua dari kiri) semasa sesi 'clock in' di Jabatan Perdana Menteri, pada pagi Isnin. - Foto Facebook JPM

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Awang Alik Jeman dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) JPM, Datuk Abdul Halim Hamzah pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) JPM, juga berkuat kuasa hari ini, menurut JPM dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan
Iklan

Awang Alik, 56, yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya (UM) telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun dengan memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1998.

Beliau pernah berkhidmat di beberapa kementerian, jabatan dan agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Parlimen Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang kini dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Iklan

Sementara itu, Abdul Halim, 52, yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berkhidmat selama 27 tahun dalam perkhidmatan awam.

Beliau memulakan perkhidmatan sebagai PTD pada 1996 dan pernah berkhidmat di beberapa kementerian, jabatan dan agensi seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perkhidmatan Awam serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Iklan

"Semoga pengalaman, kemahiran dan kepimpinan Awang Alik dan Abdul Halim akan dapat menerajui kecemerlangan JPM selaras dengan aspirasi rakyat serta ke arah pembangunan negara MADANI,” menurut kenyataan itu. - Bernama