Bergson tak gentar reputasi BG Pathum United

Iklan
Bergson pada sesi latihan sebelum berlepas ke Bangkok. - Foto Facebook Johor Southern Tigers

PENYERANG berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva menegaskan skuad Harimau Selatan itu tidak gentar berdepan BG Pathum United pada Liga Juara-Juara AFC (ACL), di BG Stadium, Pathum Thani, Thailand, pada Selasa.

Menurut Bergson, kesebelasan pemain juga dilihat sudah bersedia secukupnya untuk berdepan gergasi liga Thailand (Thai-League) itu, dan seterusnya meraih tiga mata berharga.

Iklan
Iklan

"Kami akan berdepan BG Pathum (United), salah satu pasukan yang kuat dalam saingan ACL kali ini dan mereka dilihat memiliki segala kelebihan tetapi kami tidak gentar kerana kami adalah JDT.

"Kami yakin mampu berikan tekanan kepada mereka sebagaimana kami memberikan tekanan kepada Kawasaki (Frontale), untuk perlawanan sulung baru-baru ini dan kami juga pernah menang dengan Ulsan (Hyundai), sebelum ini.

Iklan

Untuk rekod JDT tewas 0-1 kepada kelab Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi sulung Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim sementara BG Pathum tumpas 1-3 kepada Ulsan Hyundai, di Stadium Munsu, 19 September lalu.

Sementara itu, Bergson berkata, kesemua pemain terutamanya di jentera serangan pasukan diharapkan dapat memanfaatkan setiap peluang yang diperoleh bagi meledak jaringan.

Iklan

Katanya, gol yang dijaringkan pasti memberikan semangat kepada pemain untuk beraksi dengan lebih baik dan seterusnya merealisasikan kejayaan.

"Saya dan rakan-rakan sepasukan akan cuba memberikan aksi terbaik, tak kisah lah siapa pun yang menjaringkan gol kerana yang penting adalah kejayaan pasukan," katanya.