Laman sesawang keluarga diraja Britain lumpuh sementara akibat serangan siber

Iklan
Laman sesawang keluarga diraja Britain lumpuh sementara akibat serangan siber pada Ahad. - Gambar hiasan

LONDON - Laman sesawang keluarga diraja Britain lumpuh sementara akibat serangan siber pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik sumber Istana Buckingham.

Kehadiran kerabat diraja Britain di Internet menjadi sasaran serangan penafian perkhidmatan, apabila laman sesawang itu menerima permintaan daripada sejumlah besar komputer untuk melumpuhkannya.

Iklan
Iklan

Serangan itu yang berlaku pada waktu pagi, berjaya ditangkis oleh pakar IT, kata sumber itu dan laman sesawang royal.uk kembali pulih pada awal petang.

Menurut sumber, belum pernah berlaku laman sesawang dan kandungannya diserang sebelum ini.

Iklan

Setakat ini belum dapat dipastikan dalang yang bertanggungjawab dalam serangan itu. - Bernama

Iklan