Bayern tempang hadapi Copenhagen

Iklan
Gnabry patah tangan dan terpaksa diketepikan untuk tempoh yang lama. FOTO: AFP

BAYERN Munich menghadapi krisis kecederaan menjelang aksi Liga Juara-Juara berdepan Copenhagen pada Rabu.

Serge Gnabry dan Matthijs de Ligt antara tonggak yang diketepikan termasuk ketika mereka seri 2-2 RB Leipzig dalam aksi Bundesliga pada Ahad.

Iklan
Iklan

Gnabry akan terlepas perlawanan untuk tempoh yang lama kerana patah tangan manakala De Ligt juga tidak akan sempat pulih menjelang perlawanan menentang Copenhagen.

Dua pertahanan tengah, Dayot Upamecano dan Kim Min-jae turut cedera dan ia menimbulkan resah buat pengendali pasukan Thomas Tuchel.

Iklan

Juara Jerman itu telah bolos enam gol dalam pertemuan dengan RB Leipzig dan Manchester United musim ini.

Walaupun Bayern dianggap sebagai pasukan pilihan, namun kunjungan ke Copenhagen adalah perlawanan yang akan menguji pemain simpanan mereka untuk meraih semua trofi musim ini.

Iklan

Walaupun berjaya membawa masuk mesin gol England, Harry Kane, pemain pertahanan terbaik Serie A Kim dan Konrad Laimer ke Munich, Bayern membenarkan beberapa pemain meninggalkan pasukan pada musim panas.

Ia termasuk pertahanan Perancis Benjamin Pavard dan Lucas Hernandez, pemain tengah Ryan Gravenberch dan Marcel Sabitzer dan pertahanan kanan Josip Stanisic.

Selepas jendela perpindahan ditutup pada awal September, Tuchel menyifatkan skuadnya sebagai 'agak kurus dan kecil'.

"Ia adalah komposisi skuad yang berani. Kita akan lihat sama ada ia cukup untuk membawa misi kelab musim ini," kata Tuchel.