PELAKON berbakat besar, Noorkhiriah Ahmad Shapie mengingatkan segelintir anak muda yang mengambil mudah tentang tanggungjawab selepas mendirikan rumah tangga.
Menurut selebriti berusia 43 tahun ini, pernikahan bukan hanya berlaku untuk sehari dua dan sebolehnya dikekalkan sehingga mati.
"Masa bercina lain, masa bertunang lain, masa kahwin lagilah lain, dah ada anak lagi lain.
"Jangan berangan nak tidur sedap sampai subuh ke subuh. Jangan fikur seronok, fikir tanggungjawab.
"Jangan lihat orang nikah, kau pun nak nikah. Lepas nikah terkejut, rupanya indah khabar dari rupa.
"Masa itu mulalah, pinggan mangkuk terbang sampai luar rumah. Jangan buat aniya anak orang," tulisnya di Instagram miliknya.
Biarpun tidak menujukan secara spesik mengenai siapa yang dimaksudkan, namun ramai pengikut Instagram pelakon drama bersri, Nur ini percaya status Noorkhiriah adalah rentetan daripada kisah rumah tangga pelakon yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Bukan itu sahaja, Noorkhiriah juga turut mengingatkan agar mana-mana anak muda yang ingin berkahwin supaya mementingkan keberkatan dan bukan majlis yang gah.
"Lagi satu, nikah tak payah gah-gah (buat majlis besar-besaran), keberkatan itu penting," ujarnya.