Zii Jia mara ke pusingan kedua

Iklan
Zii Jia - FOTO: FB BAM

PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke pusingan kedua acara perseorangan badminton pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Isnin.

Zii Jia mencatatkan kemenangan ke atas pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long 15-21, 21-15, 21-16 dan akan bertemu pemain Timor Leste, Maurinho Gusmao de Jesus di pusingan kedua.

Iklan
Iklan

Dalam aksi di Gimnasium Binjiang, pemain di ranking ke-16 dunia itu bergelut untuk menampilkan persembahan terbaik pada set pertama apabila tewas 15-21.

Namun, dia berjaya mendapatkan rentak untuk kembali bangkit pada set kedua dan ketiga sekali gus menundukkan Ka Long 21-15 dan 21-16.

Iklan

Dalam pada itu, turut mengesahkan kemaraan, beregu campuran negara Chen Tang-Jie-Toh Ee Wei yang menewaskan pasangan Singapura, Andy Kwek-Crystal Wong 21-17, 21-13.

Mereka akan menanti pemenang antara beregu India, K Sai Praneeth-Tanisha Crasto, dan gandingan Macau, Leong Iok Chong-Wang Chi Ng.

Iklan