25 cedera dalam kebakaran di ibu pejabat polis di Mesir

Iklan
Sekurang-kurangnya 25 orang cedera dalam kebakaran di direktorat keselamatan di bandar Ismailia di Terusan Suez Mesir, pada pagi Isnin.

KAHERAH - Sekurang-kurangnya 25 orang cedera dalam kebakaran di direktorat keselamatan di bandar Ismailia di Terusan Suez Mesir, pada pagi Isnin, lapor Xinhua memetik stesen televisyen Nile TV.

Punca kebakaran belum dikenal pasti.

Iklan
Iklan

Pasukan pertahanan awam dan tentera tempatan dikerah memadamkan kebakaran.

Menurut laporan itu, api marak sehingga ke tingkat empat dan memusnahkan bahagian hadapan dinding pejabat polis berkenaan. - Bernama

Iklan

Iklan