Dua geng tunda kenderaan bergaduh, lapan ditahan

Iklan
Video tular yang memaparkan insiden pergaduhan dua kumpulan di Kampung Malaysia Tambahan pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Polis menahan lapan lelaki disyaki terlibat dengan insiden pergaduhan berkaitan urusan menunda kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya telah menerima makluman daripada orang awam mengenai satu kes rusuhan melibatkan beberapa individu yang menggunakan senjata pada jam 1.37 pagi.

Iklan
Iklan

Zam Halim berkata, pihaknya menahan lapan lelaki warga tempatan berusia 22 hingga 44 tahun.

"Kita masih mengesan suspek lain yang masih bebas, Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan

Zam Halim berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang tidak mematuhi undang-undang negara dan tindakan tegas akan diambil agar masyarakat sentiasa berada di dalam keadaan aman dan tenteram.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Iklan